topbella

Wednesday, November 9, 2011

salam dari ku :D

Aku punya cinta,dan aku telah temui cinta..
Namun aku tertanya adakah cinta itu miliku
Kerna jelas kelihatan ketidaksempurnaan cinta yang ku miliki itu
Adakah kerna ia bukan miliku?
Bagaimana pula utk aku pastikan tentang itu?
Tatkala aku mengetahui kisah silamnya
Hatiku dipukul pilu,bagaikan dapatku rasa sakit yg dialaminya
Tapi mengapa getarnya terasa jelas disanubari ini?
Adakah kerna memang takdir dirinya tercipta untuk ku?
Aku keliru,aku buntu..
Terus berdiri hanya kerana janji pada diriku
Dan biarkan hati terus disakiti?
Atau pergi meninggalkan segalanya
Aku cuba,sentiasa mencuba
Namun..aku xpernah Berjaya
Aku xmahu lagi mencintainya mahupun benci padanya
Kerna kedua perasaan itu membuat aku xmahu lepaskannya pergi
Apa yang aku inginkan..
Aku ingin melihatnya bahagia..
Dan..aku ingin bebas dari perasaan ini..

Ku xmampu...
aku xmampu untuk mencintai sesiapa lagi
selepas dia,tiada lagi rasa cinta yang tinggal dlm hatiku
wahai jejaka budiman,pergilah kau jauh dariku
kau terlalu sempurna utk digandingkan bersama aku
aku xmampu utk membahagiakan mu,
aku xmampu mencintaimu..
tiada apa yang tinggal yang boleh ku berikan padamu
ku hargai kesanggupanmu,
ku tahu pengorbanan yang sanggup kau lakukan
namun..ku xsanggup melukai hatimu
kerna hatiku pernah terluka kerna cinta
dan aku xmahu kau rasai penderitaan yang pernah aku alami dulu
dengarkan suara hatiku ini,
jangan kau buang masa untuk terus berjuang
pada cinta yang xpernah wujud utk mu
aku percaya kau bukan untuk ku..
mungkin lebih elok andai kite xpernah bersua
kerna kau akan melupakan ku tanpa kesakitan




ikhlaskan hati

mengapa perlu aku benci pada seseorang yang xbersalah? Bukan aku ke yang bersalah? Melabelkan seseorang itu bodoh bagaikan melabelkan diri sendiri. Menyatakan prinsip hidup namun kau sendiri yang melanggarnya. Setahun masih xcukup untuk buktikan kebenaran? Sedarlah..masih belum terlambat. Berhenti dari melakukan sesuatu atas niat yang salah. Focus tentang masa depan. Kau sendiri sedar masa depanmu tiada dia.jadi mengapa perlu kau korbankan segalanya andai itu membawa satu kerugian? Xcukup dengan segala yang telah kau kehilangan selama ini? Apa lagi yang akan menyedarkan kau tentang hakikat kehidupan? Kenape perlu kau bazirkan hidup kau semata2 kerana ingin membuktikan siapa hebat? Di mana kehebatannya andai kau sendiri xmampu untuk berdiri atas kaki sendiri? Kau bukan siapa2. Berhentilah sekarang sebelum kau melakukan kesilapan demi kesilapan..jangan korbankan mase depan kau.jangan kau sakiti hati kau lagi. Pejamkan matamu.leraikan segalanya..lepaskan segalanya..relakan semuanya pergi. Biarkan mereka bahagia. Biarkan hatimu bahagia. Cinta yang kau puja telah bertukar. Kau sendiri sedari. Bebaskan hatimu.

0 comments:

Post a Comment

About Me

My Photo
Nuafa A'fafa 106
this is real,this is me.. i did not make any promise i'm proving my promise with an action not with a words
View my complete profile