Aloha bloggers and my twins :)
Actually post ni sajak express yang telah dilahirkan sempena pertandingan ape ntah yang floormate suru saye buat..maka terhasillah sajak ini..nak comment jgn lebih2..ahaha..saje2 :D
Hijrahkah aku????
Aku,
aku gadis kota,duniaku diwarnai hiburan sementara,
dikurniakan keluarga bahagia,dengan kesenangan tanpa duka,
hidupku ceria disamping keluarga yang serba sempurna,
tidak pernahku kenal erti kesempitan hidup,
apatah lagi merasa kesedihan realiti,
tidak pula ku perlukan cinta disampingku.
Cinta,
tak pernahku impi untuk memiliki,
tak perlu pula ku berjuang mencari,
kau hadir tanpa sinar tanpa ku pinta,
dan tanpa disangka hatiku berjaya kau takluki.
Kau,
hanya kau yang pertama dan terakhir,
itu ungkapku pada cinta yang kau beri,
segalanya indah pada permulaan,
namun hambar dipertengahan jalan,
segalanya telahku korbankan saat kau bertahta dihati,
kesetiaan yang kau ungkapkan hanyalah selirik lagu,
cinta yang kau lafazkan cuma sekadar kata-kata pendeta tiruan.
Cukup,
sudah puas hatiku kau lukai,
peritku rasakan saat cinta kita kau nodai,
aku hanyut dalam pusaran tanpa tepian,
kau bahagia namun aku melara,
lepaskanlah aku dari gengaman cinta kasanovamu,
Kini,
aku sedar cintaku hanya padaNYA,
sujudku selayaknya untuk DIA,
baru ku sedar hakikat dunia,
hidupku tanpa keredaan ILLAHI hanya sia-sia cuma.
AKU CINTA KAU....CUKUP!!!! sampai disini saja kisah kita :D
ok done.

Thursday, November 17, 2011
Wednesday, November 9, 2011
salam dari ku :D
Aku punya cinta,dan aku telah temui cinta..
Namun aku tertanya adakah cinta itu miliku
Kerna jelas kelihatan ketidaksempurnaan cinta yang ku miliki itu
Adakah kerna ia bukan miliku?
Bagaimana pula utk aku pastikan tentang itu?
Tatkala aku mengetahui kisah silamnya
Hatiku dipukul pilu,bagaikan dapatku rasa sakit yg dialaminya
Tapi mengapa getarnya terasa jelas disanubari ini?
Adakah kerna memang takdir dirinya tercipta untuk ku?
Aku keliru,aku buntu..
Terus berdiri hanya kerana janji pada diriku
Dan biarkan hati terus disakiti?
Atau pergi meninggalkan segalanya
Aku cuba,sentiasa mencuba
Namun..aku xpernah Berjaya
Aku xmahu lagi mencintainya mahupun benci padanya
Kerna kedua perasaan itu membuat aku xmahu lepaskannya pergi
Apa yang aku inginkan..
Aku ingin melihatnya bahagia..
Dan..aku ingin bebas dari perasaan ini..
Ku xmampu...
aku xmampu untuk mencintai sesiapa lagi
selepas dia,tiada lagi rasa cinta yang tinggal dlm hatiku
wahai jejaka budiman,pergilah kau jauh dariku
kau terlalu sempurna utk digandingkan bersama aku
aku xmampu utk membahagiakan mu,
aku xmampu mencintaimu..
tiada apa yang tinggal yang boleh ku berikan padamu
ku hargai kesanggupanmu,
ku tahu pengorbanan yang sanggup kau lakukan
namun..ku xsanggup melukai hatimu
kerna hatiku pernah terluka kerna cinta
dan aku xmahu kau rasai penderitaan yang pernah aku alami dulu
dengarkan suara hatiku ini,
jangan kau buang masa untuk terus berjuang
pada cinta yang xpernah wujud utk mu
aku percaya kau bukan untuk ku..
mungkin lebih elok andai kite xpernah bersua
kerna kau akan melupakan ku tanpa kesakitan
ikhlaskan hati
Subscribe to:
Comments (Atom)