topbella

Thursday, November 17, 2011

Hijrahkah aku????

Aloha bloggers and my twins :)
Actually post ni sajak express yang telah dilahirkan sempena pertandingan ape ntah yang floormate suru saye buat..maka terhasillah sajak ini..nak comment jgn lebih2..ahaha..saje2 :D

Hijrahkah aku????
Aku,
aku gadis kota,duniaku diwarnai hiburan sementara,
dikurniakan keluarga bahagia,dengan kesenangan tanpa duka,
hidupku ceria disamping keluarga yang serba sempurna,
tidak pernahku kenal erti kesempitan hidup,
apatah lagi merasa kesedihan realiti,
tidak pula ku perlukan cinta disampingku.


Cinta,
tak pernahku impi untuk memiliki,
tak perlu pula ku berjuang mencari,
kau hadir tanpa sinar tanpa ku pinta,
dan tanpa disangka hatiku berjaya kau takluki.


Kau,
hanya kau yang pertama dan terakhir,
itu ungkapku pada cinta yang kau beri,
segalanya indah pada permulaan,
namun hambar dipertengahan jalan,
segalanya telahku korbankan saat kau bertahta dihati,
kesetiaan yang kau ungkapkan hanyalah selirik lagu,
cinta yang kau lafazkan cuma sekadar kata-kata pendeta tiruan.


Cukup,
sudah puas hatiku kau lukai,
peritku rasakan saat cinta kita kau nodai,
aku hanyut dalam pusaran tanpa tepian,
kau bahagia namun aku melara,
lepaskanlah aku dari gengaman cinta kasanovamu,


Kini,
aku sedar cintaku hanya padaNYA,
sujudku selayaknya untuk DIA,
baru ku sedar hakikat dunia,
hidupku tanpa keredaan ILLAHI hanya sia-sia cuma.


AKU CINTA KAU....CUKUP!!!! sampai disini saja kisah kita :D
ok done.

Wednesday, November 9, 2011

salam dari ku :D

Aku punya cinta,dan aku telah temui cinta..
Namun aku tertanya adakah cinta itu miliku
Kerna jelas kelihatan ketidaksempurnaan cinta yang ku miliki itu
Adakah kerna ia bukan miliku?
Bagaimana pula utk aku pastikan tentang itu?
Tatkala aku mengetahui kisah silamnya
Hatiku dipukul pilu,bagaikan dapatku rasa sakit yg dialaminya
Tapi mengapa getarnya terasa jelas disanubari ini?
Adakah kerna memang takdir dirinya tercipta untuk ku?
Aku keliru,aku buntu..
Terus berdiri hanya kerana janji pada diriku
Dan biarkan hati terus disakiti?
Atau pergi meninggalkan segalanya
Aku cuba,sentiasa mencuba
Namun..aku xpernah Berjaya
Aku xmahu lagi mencintainya mahupun benci padanya
Kerna kedua perasaan itu membuat aku xmahu lepaskannya pergi
Apa yang aku inginkan..
Aku ingin melihatnya bahagia..
Dan..aku ingin bebas dari perasaan ini..

Ku xmampu...
aku xmampu untuk mencintai sesiapa lagi
selepas dia,tiada lagi rasa cinta yang tinggal dlm hatiku
wahai jejaka budiman,pergilah kau jauh dariku
kau terlalu sempurna utk digandingkan bersama aku
aku xmampu utk membahagiakan mu,
aku xmampu mencintaimu..
tiada apa yang tinggal yang boleh ku berikan padamu
ku hargai kesanggupanmu,
ku tahu pengorbanan yang sanggup kau lakukan
namun..ku xsanggup melukai hatimu
kerna hatiku pernah terluka kerna cinta
dan aku xmahu kau rasai penderitaan yang pernah aku alami dulu
dengarkan suara hatiku ini,
jangan kau buang masa untuk terus berjuang
pada cinta yang xpernah wujud utk mu
aku percaya kau bukan untuk ku..
mungkin lebih elok andai kite xpernah bersua
kerna kau akan melupakan ku tanpa kesakitan




ikhlaskan hati

mengapa perlu aku benci pada seseorang yang xbersalah? Bukan aku ke yang bersalah? Melabelkan seseorang itu bodoh bagaikan melabelkan diri sendiri. Menyatakan prinsip hidup namun kau sendiri yang melanggarnya. Setahun masih xcukup untuk buktikan kebenaran? Sedarlah..masih belum terlambat. Berhenti dari melakukan sesuatu atas niat yang salah. Focus tentang masa depan. Kau sendiri sedar masa depanmu tiada dia.jadi mengapa perlu kau korbankan segalanya andai itu membawa satu kerugian? Xcukup dengan segala yang telah kau kehilangan selama ini? Apa lagi yang akan menyedarkan kau tentang hakikat kehidupan? Kenape perlu kau bazirkan hidup kau semata2 kerana ingin membuktikan siapa hebat? Di mana kehebatannya andai kau sendiri xmampu untuk berdiri atas kaki sendiri? Kau bukan siapa2. Berhentilah sekarang sebelum kau melakukan kesilapan demi kesilapan..jangan korbankan mase depan kau.jangan kau sakiti hati kau lagi. Pejamkan matamu.leraikan segalanya..lepaskan segalanya..relakan semuanya pergi. Biarkan mereka bahagia. Biarkan hatimu bahagia. Cinta yang kau puja telah bertukar. Kau sendiri sedari. Bebaskan hatimu.

Saturday, March 26, 2011

Bismillahirahmanirahim

bismillahirahmanirahim..
Permulaan yang baru..harap berkekalan..InsyaAllah..
post pada kali ini sebenarnya telah ditulis oleh kembarku NIK NURUL AIZZAH BINTI NIK AZME
dan dia tampal dekat pintu loker,dah beberapa hari sebenarnya,cuma tadi baru say berkesempatan untuk membacanya dan saya amat tertarik dengan ape yang ditulis,kerana bagi saya semua persoalan yang dinyatakan merupakan persoalan yang biasa dilafazkan oleh umat manusia.jadi disini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pada kalian,moga2 dapat dijadikan teladan.InsyaAllah.. credit to izzah :D 

AL-QURAN JALAN PENYELESAIAN. . . .

KENAPA AKU DIUJI?
apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,'kami telah beriman',dan mereka tidak diuji? Dan sungguhnya,kami telah menguji orang2 sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang2 yang benar & pasti mengetahui orang2 yang dusta [al=ankabut : 2-3]

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui [al-baqarah : 216]   

KENAPA UJIAN SEBERAT ITU?
Dan janganlah kamu (merasa) lemah,dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman [ali imran : 139]

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
wahai orang2 yang beriman,bersabarlah kamu & kuatkanlah kesabaranmu & tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung [ali imran:200]
Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, dan (solat) itu sungguh berat,kecuali bagi orang yang khusuk [al-baqarah : 45]
  
APA YANG AKU DAPAT DENGAN SEMUA INI?    
sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Mereka berperang di jalan Allah,sehingga mereka membunuh/terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung. [at-taubah : 111]

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
maka jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah (Muhammad) 'Cukuplah Allah bagiku : tidak ada Tuhan selain Dia.Hanya kepadaNYA aku bertawakal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgahsana) yang agung [at-taubah : 129]

AKU TAK DAPAT TAHAN LAGI!!!
biarkanlah dia pergi bersama kami besok pagi,agar dia bersenang -senang dan bermain-main dan kami pasti menjaganya [yusuf : 12]     

About Me

My Photo
Nuafa A'fafa 106
this is real,this is me.. i did not make any promise i'm proving my promise with an action not with a words
View my complete profile